Saturday, May 29, 2010

shedapp ~

petang tadi saya singgah kedai tepi pantai,
saya kepingin ais krim goreng,
wahh ! sedap sungguh :) :)
boleh laa buat ubat tak sempat makan banana split,
hAHA ada pulak camtu kan :D
rasa macam nak makan hari2 je hee,
esok nak ajak Mak pulak lahh YAYY !




yummy ~


burger ayam special, wahh untung untung ! *hagemaru verse*

Friday, May 28, 2010

sayang Angah :*

bebaru ni,
Angah pegi Jakarta.
trip dengan apa ya ?
saya kurang pasti.
takde pulak nak dengar dia citer pasal pape kat sana.
yang saya nak tahu hanyalah ,.......
apa yang Angah beli untuk saya muahaha *gelak setan*

saya dapat tiga helai seluar.
heeee, HAPPY sangat !
Alang pun dapat jugak.
tadi kitorang pun buat laa sesi mengukur && meng'test' seluar tu.
yang kelakarnyaaa, Alang tak muat seluar tu.
hahahaha, saya dah gelak guling2 ngan Angah.
tapiiiii, saya pun ada jugak tak muat satu seluar.
OMG ! kami berdua dah melepasi tahap merbahaya !@#$%^&*
nampak sangat lepas ni kena control makan, hihihi ;p

nasib baik nak masuk Kuantan dahh.
boleh laa saya control sikit makan.
bukan apa tahu, bila duduk rumah ni asyik nak melantak je.
dah dapur dekat ngan ruang tv.
memang laa kan, nasib badan phewww ~

melencong pulak bercerita.
motif post kali ni nak berterima kasih kat Angah saya, my gu which means partner dalam fam.
so, dengan ini saya nak ucap terima kasih bebanyak kat Angah saya.
sukaa sangat seluar2 ni :) :)


ni laa tiga bijik seluar tuu :D

Thursday, May 27, 2010

sekremmmm ,...


tengah hari yang panas macam ni rasa sangat best kalau dapat makan banana split di Haagen Dazs.
wahhhh !!! meleleh dah air liur niii, slurrrrpppp ~
bila boleh makan lagi sekrem ni uwaaaa :'(
air mata dah empat jalur ni !

Friday, May 21, 2010

Ayah saya :)



saya sayang ayah saya muahmuah :)
gambar ni saya amek semalam.
after subuh, kitorang pegi breakfast kat primula.
after tu, saya && Alang nak naik flight pegi Kl.
ayah saya baru je balik dari Tokyo.
hee, sayang ayohhh :D

Tuesday, May 18, 2010

Rasa ,....

rasa nok makang sotong celup tepung :D
nyum nyum nyum.
nok ajok mok.
makang kat pata ;p
tataaa ~

Saturday, May 15, 2010

Liverpool mood

saya penyokong LIVERPOOL.
yeahhh !
dengan itu, saya ada pegi beli something bout this.
dengan abang saya yang ni,




ini abang saya, Anwar :)
dia juga penyokong fanatik Liverpool !




suka sangat.
total semua barang ni, RM95 :)
berpatutan kan ?

p/s ; penyokong MU && Chelsea taknak beli jugak ke ? haha.

Thursday, May 13, 2010

hanya mampu menangis

bila teringat insiden semalam aku hanya mampu menangis.
aku tak dapat bayangkan kalau aku tak pakai seat belt, macam mana keadaan.
tak dapat bayangkan juga macam mana abangku, War boleh memelukku demi mengelak aku tercedera.
dan sebaliknya, abangku tercedera kerana aku.
semasa kejadian tu, abangku hanya menjerit nama aku.
aku pula hanya mampu menjerit 'ALLAH'.
kereta tergelincir ke kanan dan abang cuba nak balas balik stereng.
tapi memang tak boleh buat apa2 sebab tayar dah masuk rumput.
kitorang bergolek upside down 3/4 kali and terus masuk ke dalam longkang.
masih terngiang2 setiap bunyi dentuman di telinga.
setiap kali nak tidur, sure teringat balik andd aku menangis lagi.
even kereta terbalik arah driver, lantas abangku gagahkan jugak dirinya panjat keluar dari side aku.
abangku suruh aku bukak seat belt dan dia masih boleh menarik aku keluar.
aku hanya mampu menangis dan menangis.
aku sangat bersyukur dengan apa yang telah terjadi, kami masih hidup.
kereta memang hancur teruk, aku tak dapat bayangkan what if kitorang bawak laju.
walaupun telah peka dengan kawasan itu dengan memandu 60km/jam dan hujan lebat, malang tidak berbau untuk kami.

coretan untuk abangku,
dia masih boleh tenang dengan apa yang terjadi.
aku tak dapat bayangkan jika dia tak tenang.
aku teringat yang dia berkata dia tak kesah apa yang jadi kat dia asal aku selamat.
setiap kali aku teringat detik dia memelukku, aku menangis.
dia memelukku dengan kuat sehingga kepalanya terhantuk2.
Cah nak War tahu yang Cah sayang sangat kat War, sangat sangat.
andd lastly Cah sayang ayoh mok along angoh acik alang din.
Cah bersyukur sangat2 kita berdua selamat.
terima kasih juga kepada kawan2ku yang prihatin.
sayang semua <3>

Monday, May 10, 2010

asap,

now ni kat Dungun,
satu bandar bau asap,
ingatkan kabus ke apa,
tapi bau asap ni memang boleh buat saya yang tak pernah lelah ni jadik lelah,
famili saya yang lain apa tah lagi,
semua dah sesak2 nafas,
ini disebabkan oleh pembakaran hutan,
bila malam je memang tebal gilaa asap,
nak tidur pun susah,
kadang2 pukul 4 atau 5 baru boleh tidur,
teruk sangat keadaan sekarang ni,
saya harap sangat keadaan kembali pulih,
if not, tak tahu laa nak cakap macam mana.
stop laa bakar2 semua ni,
pikir laa manusia lain yang nak hidup jugak !
hadooii, jangan lahh berlarutan,
tolong lahh,, :( :(


p/s ; kami mahu hidup :')

Saturday, May 8, 2010

Happy Mother's Day :)

new york cheese, yummy :)


emak saya :D


the bongsu one && mom ;)


hihi, sweet macam gula2 kan ?



selamat hari ibu, Mok :)
saya sangat sayangkan ibu saya.
tanpa dia siapalah saya ni.
dia yang melahirkan,
dia yang membesarkan,
7 orang anak.
saya sangat kagum dengan ibu saya.

tadi pegi KT,
teman Mak ada program.
tapi tak ikut pun pegi program tu.
lepak Primula ngan adik Din.
at first nak ajak Ezzah lepak sama.
tapi dia ada kat rumah tok dia.
takpe lah, takde rezeki.
then, teringat si Adam tu ada kat KT.
ajak laa dia lepak kejap.
makan2 lepas tu pegi beli cake untuk Mak :)
dah beli cake tu Adam terus hantar pegi Pulau Duyong, tempat program Mak.
thanks Damm.
dah habis program Mak,
kami pun bergerak pulang ke Dungun.
after Maghrib je kami get ready nak suprisekan Mak tahu,
tapi tak jadik sebab Ayah dah suprisekan kami semua,
dengan memberitahu Mak yang kami nak celebrate mother's day.
kucing betul laa, spoil semua haha.
tapi kelakar jugak sebab semua dah beriyer last2 Ayah dah bocor rahsia.
aiyaa ! memang tak jadik plan laa.
then, bagi cake, Mak potong cake.
kami makan2, Mak dapat bunga awww romantiknyaa :D
apa2 pun, saya sayang family saya yang teramat sangat tahu !
Mok, Ayoh, Along, Angoh, Acik, Alang, War && Adik Din *muahsss*


p/s ; tadi nak beli topup, terlanggar ular, petanda apa ye ? takut laa :(

Thursday, May 6, 2010

berhabuk !

hola :)
setelah sekian lama tak menaip ni,
terdetik pulak nak citer pasal concert hari tu.
sorry sangat tak update blog ni.
sebab hari tu busy dengan concert && bebaru ni Muet.
concert hari tu amatlah best walaupun sedikit penat ye.
lagu2 yang dimainkan pun hebat2 sume.
time2 saya dulu tak ada lah sangat main piece2 camtu.
i am happy for my band then.
dah banyak benda improve and banyak jugak benda yang perlu di'improve' :)
instruments pulak memang hebat2,
meleleh air liur mak !
&& the best moments was,
jumpa dengan kawan2 ; Ika, Lyna, Jaja, Zureq, Shasha, Rossa && Wiwin.
Nik pun ada && adik Jaja, Qaiyyum.
tapi yang sedihnya, dalam camera saya tak banyak sangat gambar tahu.
dalam camera Jaja banyak gilaa gambar.
so, kalau nak tengok gambar selebihnya ade kat facebook.
after that concert,
kitorang terus naik train nak balik.
saya ikut Zureq balik UM.
tumpang tidur kat katil dia, thanks sayang :)
dah petang tu Angah pun datang amek saya.
kami berdua pegi makan then beli tiket wayang.
nak tengok Iron Man II.
citer dia best, kelakar but tak banyak sangat action.
hehe, before tengok tu terjumpa Tiz Zaqyah.
haha sama tinggi je rupanya.
boleh laa mak jadik pelakon jugak kan ? :P
perasan je ko Cah !!
comel jugak dia bila tengok depan2 kan ?
hehe, okay laa.
banyak sangat menulis, okay !
habis dah citer untuk hari ini.