Friday, November 26, 2010

One year and a half,

















miss those moments :')
UiTM Kuantan buddies, I love you guys :))
our memories together will never fade and always on my mind.
keep in touch babes.


Monday, November 22, 2010

the reunion.

hye you olls :)
actually entry untuk kali ni patutnya dah di update seminggu yang lepas.
tapi di sebabkan memory card camera baru jumpa, baru lahh boleh tulis.
limabelas haribulan hari tu saya dengan geng2 asasi Kuantan lepak ramai2.
terubat lahh rindu yang berbuku-buku dalam hati kat dorang semua ni.
walaupun ramai jugak yang tak ada contohnya Fadhu, Baby, Angie, Ezzah etc.
kitorang tetap buat jugak bbq nii.
maybe tak ada rezeki nak jumpa dorang tu.
insyaAllah lain hari kita boleh jumpa.

alkisahnya macam mana saya boleh pegi dengan aktiviti2 macam ni adalah bila Wanie beriye tanya pegi ke tak reunion ni.
at first tengok tu memang nak pegi sangat.
tapi saya batalkan hasrat tu sebab nak jaga BalQish.
*baiknya mak sedara BalQish ni ;p*
then saja cakap2 dengan Along yang kawan2 buat reunion bla bla bla.
tiba2 Along cakap pegi jelaa reunion tu and balik dungun dulu.
wahhh ! masa tu bersinar-sinar mata saya, teruja, terkesima, terkedu, semua ada.
tak tergambar perasaan happy tuu !
okay, nampak sangat hiperbola laa cah uhuk uhuk.
tapi sungguh, saya rasa happy laa dapat join reunion ni :))
makin dekat nak reunion tu saya terpikir macam mana nak pegi Kuantan ni?
and then the pasangan sejoli Pika and Amer membuat pelan yang bernas.
saya ikut dorang naik bus, sekali dengan Wanie and Zareef.
teruja mak nak naik bus teehehee.

sesampai kat Kuantan tuu start la semua orang buat kerja.
semua berhempas-pulas menyumbang tenaga nak jayakan bbq ni.
andd saya rasa saya lah paling pemalas nak tolong2 semua tu.
saya tolong jugak, jaga rumah ;p
sorry ye kawan2.
bukan apa ramai sangat hero2 and for sure lah dorang boleh buat semua tu.
tapi mak ada laa tolong kipas2 bagi api nyala HAHA
dan Dina tolong cuci pinggan mangkuk periuk besen,
dan saya tolong bilas pinggan mangkuk periuk besen.
*saja tulis panjang2 nak bagi nampak buat kerja jugak lol*

makanan-makanan yang di hidang dan di makan ;






makanan semuanyaaaaaaa sememangnya sedapppp sehingga menjilat jari.
thanks to Tiara sebab kerja2 memasak makanan berat2 tu semua buat kat rumah dia.
cupcakes tu pun, hmm tersangatlah sedap.



ni tengah tunggu bus.
from the left, Pika si gendut, Wanie Moto2, me and Zareef :)

the pasangan sejoli, Pika and Amer :))






harapnya, di lain hari kita dapat bertemu lagi. :)
sayang korang semua :*

Sunday, November 21, 2010

A moment to remember


the picture that tells a story of three generations in the family.
unfortunately, some of us were not there.
pity to Achik, War and Alang :D
Abang Long the cameraman, too bad lah for you then lol
guess ! who's the cutest in this picture?
of course the answer is the one & only 'grandchild' (so far) in the family baby BalQish.
the very reason why her presence is warmly welcomed by all of us is due to the fact that she's the first.
plus, the fact that my sister took nearly three years to have Balqish has added to our excitement in welcoming her presence.

saya sayang semua sangat-sangat :)


Lalalaloveee you Baby xoxo :)

Wednesday, November 17, 2010

Salam AidilAdha

kejap je masa berlalu.
hari ni semua umat Islam menyambut Hari Raya Qurban.
dan tinggal sebulan lebih je nak tahun baru.
raya haji kali ni kat rumah saya buat makan kecik2 je.
mak saya buat nasik minyak dan bihun.
sukaa sangat bila dah gather ramai2 dengan sanak saudara.

dann untuk entry sebelum ni saya ada cakap pasal perubahan terhadap diri saya.
ni pasal saya dah bukak braces.
saya suka sangat bila dah boleh bukak braces.
but at the same time, i will be missing my braces like hell !
pelik kan ? orang lain semua nak bukak cepat2.
tapi saya tak macam tu.
entahlah, maybe the braces dah sebati dengan diriku kott *cewahh*
it's like identiti saya dahh.
and budak2 dekat asasi memang kenal saya dengan pakai braces.
i miss you, braces :(

okay okay, dah dah ler dengan braces bagai tu.
bukannya makhluk hidup tapi nak jugak emo T_T
cuci laa mata ngan gambar2 sekitar raya ni :)


meet my cousin, Rahimah :)


makan-makan :D


ini lah lauk-pauk nya :)


hidangkan teh untuk mak saudara saya, Mama.


yang budak kecik tu sepupu saya. sepupu paling muda. Farhan namanya.


sebahagian daripada sepupu :)


haaaa, yang ni sek-sek hok single ye :D


with my uncles from the left;
Cu, Angoh and Ayoh Chik :)


kami dengan Ayah :)


yang empat kecik ke bawah ;)

Saturday, November 13, 2010

the new me :)

will be updating soon !
nantikan ya ? :)








p/s; susah nak update belog lately ni.

Wednesday, November 10, 2010

'ulik' song :D

Rock-a-bye, baby, on the tree top
When the wind blows the cradle will rock
When the bough breaks the cradle will fall
Down will come baby, cradle and all


Baby is drowsing, cosy and fair
Mother sits near in her rocking chair
Forward and back, the cradle she swings
Though baby sleeps, he hears what she sings


Rock-a-bye baby, do not you fear
Never mind, baby, mother is near
Wee little fingers, eyes are shut tight
Now sound asleep - until morning light

lately ni, asyik nyanyi lagu ni je. selalu nyanyi kat BalQish sebab nak ulik yee. kalau tak nyanyi taknak tidur. alamaknya kalau pegang lama2, boleh patah tangan. heheee. BalQish akan tidur bila berzikir atau humming something yang mendayu2. BalQish ngada ngada ye. takpe takpe. CikDe sayang jugak laaa :)

Saturday, November 6, 2010

yes, I am a baby sitter.

sepanjang masa bercuti ni saya memang banyak masa lapang.
dengan masa lapang tu saya akan baby sit buah hati jantung saya, BalQish.
hampir semua benda yang saya buat hanyalah untuk si manja ni.
saya memang suka sangat layan budak2 lebih2 lagi ni anak sedara sendirik.
lagi lah teruja nak jaga.
setakat ni saya expert jaga BalQish tahu.
contohnya tukar diapers, bagi susu, urut2 badannya, ulik tidur dan macam2 lagi.
sesetengah kawan saya ni tak percaya saya buat benda ni semua.
it's true dude !!
and ada jugak yang kata jaga baby ni kerja senang.
as for me, it's not that hard kalau kita betul2 ikhlas nak jaga.
tapi hati saya takkan senang kalau tengok dia muntah.
kita yang besar panjang ni kalau muntah, rasa apa dah,
ini kan budak kecik masih baby lagi.
kesian sangat2.
at times, memang boleh menitis air mata tengok dia lemah after muntah.
selain tu, saya sangat berterima kasih kat Along saya sebab memberi kepercayaan kepada saya untuk jaga BalQish.
wahh ! beranak laa ramai2 lagi.
tak sabar nak ada anak sedara yang ramai !
meriahkan rumah Tok Wan && To' Ki :)
kawan2, anda harus tahu saya memang boleh jaga baby taw !
saya ni memang HANDAL :D *berlagak kejap*
untuk pengetahuan rakan2 berikuat adalah bahan-bahan untuk menukar diapers;
wet tissue, nappy time change cream, vicks/minyak yuyi.
and jangan lupa diapers baru jugak ! LOL

BalQish muka syok semacam je. poo-poo ye ? ;p


sapukan nappy time change cream. jangan kasar2 ye sebab kulitnya sangat halus dan lembut :)



sikit lagi sayang.

CikDe memang seorang yang sangat tekun HAHA



hampir siap ,....

dannnn tadaaaa :)) BalQish akan happy sangat bila dah tukar diapers :))


seterusnya, amek vicks urut perlahan2 pada perutnya untuk mengelakkan kembung perut.

bila nak dukung saya ni CikDe ?

okay, ready nak balik dahh :)

great work Cah, yayy !

me with my so called pembantu, Alep dan Abang Hakim :) thanks sayang !

dah poo-poo sure baby lapar, serahkan pada mommy saja ;p

kalau jadik baby sitter memang ni je kejenya, pegang handbag mommy, handbag sendirik barang2 keperluan baby.

selingan;

this is friend of mine, Dina H. keje dia time cuti pun macam saya jugak. tapi dia lagi expert because for this time dia kena baby sit dua orang baby. HAHA have fun sayang :)