Friday, January 14, 2011

Terkedu

Kata orang. Anak haruan, haruan juga. Anak orang, orang jugak. Sedihnyaa ! Baru seminggu saya tak bermanja dengan budak tecik bernama Balqish, akhirnya saya berpeluang temankan Balqish sementara mommy dan daddynya pegi ke Redglow.
Mulanya bagi susu Balqish macam biasa je. Tapi dia mula tak selesa. Menangis menangis menangis !!! Saya ditemani adik bongsu saya mula menggelabah sbb Balqish tak pernah berkeadaan begini. Ya Allah ! Saya mula tak tentu hala. Panas kan susu dan try bagi lagi sebab kadang2 Balqish nak laaaaagi tapi kali ni tak jalan. Balqish menangis mcm nampak hantu. Saya dan adik saya cuba call Along berkali tapi along tak jawab. Kemudian kita orang buntu saya call semua org supaya call Along! Tolong Ya Allah, tuhan je tahu betapa saya takut masa tu.
Balqish mula menangis sekuat hati. Meraung dan meraung ! Gabra takut sedih ! Akhirnya along call saya balik. Nasib baik. Saya menangis dan along terkedu mendengar Balqish menjerit. Tak berapa lama along sampai along pun blank ! Tak pernah lah Balqish macam ni. Bila along peluk peluk peluk Balqish dia diam dan tak lama kemudian Balqish mula tersenyum. Saya pun berhenti menangis.
Ooooooooooooh sedih dan luluhnya hati saya. Balqish tak maukan saya. Balqish nak mommy ! 3 bulan saya mem babysit kan dia akhirnya Balqish lupakan saya hanya kerana seminggu saya tak jumpa. Sedihnya. Sekarang saya kembali menangis kerana Balqish tak mau saya lagi. Balqish tak sayang CikDe dah ke ? Macam ni ke perasaannya ? Ya Allah, saya sedih sangat2 dan tak mampu pun nak gambarkan kesedihan saya ni. Perit dada saya menangis tadi. After ni, memang everyday after class CikDe nak duduk ngan Balqish je. Hmmm. Sedih sangat. :'(


I feel so bad :'(

No comments:

Post a Comment