Friday, December 31, 2010

Di Harijadi Saya

Kek mesti ada pelengkap party harijadi saya yang ringkas dari along. Saya tak nak tulis banyak sebab ini adalah entry bergambar dan caption pun korang bagi la sendiri. Yikes! Saya dah 19 tahun. Kejap lagi dah tahun baru 2011. Sekejap sangat rasanya waktu berlari. Happy New Year everyone. Sama2 lah kita menjadi orang yang cemerlang di masa hadapan :)







Monday, December 27, 2010

Current mode

saya dah gila sebab asyik tengok video hindustan. memang teringat zaman dolu2. Salman Khan dan Karisma Kapoor ni memang favourite artis bollywood saya. dua2 comel and gedik gila bila berlakon. haha. saya suka sangat sebab saya pun agak2 gedik macam tu hahaa. boleh pulak semalam saya ngan angah saya menari2 lagu kat bawah ni. sumpah fun habis ! teehehe. suka sangat. kenapa laa mak saya tak suruh saya masuk dance class je dulu. hahaa. kawan2 yang rapat ngan saya tahu laa saya ni gila2 suka menari. saya gedik sangat dan kawan2 selalu rasa saya ni annoying. nanti masuk belajar, nak ajak kawan2 pegi karaoke lagu ni laaa then menari macam orang gila. eiiii, tak sabarnyaa. kawan2, tungguuuu saya taww ! nanti kita meet up wee :)



bercakap pasal nak sambung belajar ni durhh, i am sooooooo gonna die ! kenapa aku malas sangat nak kemas barang ni. macam @#$%^&* esok dah nak pegi. lusa dah nak register. next week dah next year. next year nak start class. mana mood mana mood ?? cari cari. tak jumpa jugak. haishh. kena jugak kemas barang ni. got to go dolls ! toodless :)

Friday, December 24, 2010

angan-angan

saya minat sangat ngan Erra Fazira. dari kecik sampai laaaaaa ni. Erra sangat cantik and gambo ni time semalam punya Anugerah Skrin. saya tak tengok semalam sebab kena jaga Balqish. hehe. minat sangat dengan cara dia berlakon, bercakap, and semua2 laa. even dia pakai t-shirt biasa2 pun nampak lawaa sangat. dia pun pandai pilih dress kalau ada event macam ni. sangat cantik and sweet. rasanya Erra selalu pakai dress rekaan Rizman Ruzaini, kalau tak silap saya laa. dulu, after spm saya memang berangan jugak nak jadik fashion designer. plus, Along saya pun dalam bidang2 macam tu. dah pegi interview art and design semua last2 dapat buat law. hahaa. tapi nanti kalau tak ada aral melintang di masa hadapan, nak jugak ceburkan diri dalam bidang fesyen ni. kalau buat dress cantik2 macam ni, boleh buat duit banyak. ni kan kalau dah minat, lagi laa suka. benda kita minat and at the same time boleh buat duit. agak2 satu dress 3k, kalau dapat buat empat dress. haaaa ! tak ke kaya ? walla walla ! dah berangan sampai ke bulan agaknya. tapi tak salah kalau berangan kan. bila dah jadik fashion designer, boleh laa dapat job dari Erra Fazira. pastu pastu Erra boleh pakai dress yang saya design and pegi event2 macam ni, orang pun tanya sapa yang buat dress ni, Erra pun dengan bangganya jawab design Anisah Rosli *bangga ke* wahahaha time tu kot2 dah established nama makk. okay, sumpah berangan je tu semua. tapiiiiiiiiiiiii nak laa macam tu T_T
okay bye !

Thursday, December 23, 2010

Loserrrrr ...

seriously lama gila tak update belog ni. bukannya saya malas, memang nak sangat taw cerita macam2. banyak benda laa yang saya buat sepanjang cuti yang nak dekat tiga bulan ni. eh, ke dua bulan lebih je ? entah laa. rasa tak puas hati sangat bila tak boleh update benda2 yang saya buat walhal banyak je cerita menarik nak di share. and ada jugak yang tak menarik. the main reason kenapa saya tak boleh nak update sebab lappy saya tak ada ngan saya. lappy saya ada kat dungun and saya pulak ada kat shah alam all this time. time duduk ngan Along ada je lappy but saya tak prefer sangat nak guna lappy dia. hehee.

dannn hari ni dah balik dungun. happy sangat tahap boleh cium2 lantai rumah. okay, exaggerate je kau ni cah. then, terus teringat nak update belog. berlari2 ni beriye pegi kat laptop. tapiiiiiii kan camera saya tertinggal dekat sana. woww woww ! tiba2 separuh jiwaku pergi ala2 nyanyian Anang tu. sedihnya laa. padahal macam2 gambar dalam memory card tu. hampeh betul. so, buat masa ni tak ada yang menarik pun laa saya nak update. sekadar tulisan2 macam ni jelaa kot. tambahan pulak memang sejak azali saya ni malas nak buat ayat bunga2, kiasan2 dan sewaktu
dengannya. okay, rasa loser gilaa. HAHAHA *gelak setan terbahak2*

dah2 ler tu cah nak tulis. sebab kau ni bosannnnnnnnnnnnn dan LAME sangat -_____-"


ps. tak lama lagi dah masuk belajar. haishhhh !

Tuesday, December 14, 2010

Nurul 'Ain Harun

Pengantin ini adalah sepupu sepupi sebelah ayah saya... Kak 'Ain adalah pengantin paling rock dan sempoi pernah saya jumpa.. Tak pakai crown pun... Tak kisah pun tentang aksesori... Selamba je. Tak ada control ayu pun masa majlis2 dia... Memang saya sonok sangat kak 'Ain...

Mak & Ayah saya pun naik pelamin... Nasib tak runtuh pelamin tu... Hihih... Mcm mak ayah saya pulak nk kawin... Ngee! Mcm mana agaknya wedding sy nanti? Huh! Miang nya muda2 nak cakap nikah kawin... Tapi jodoh di tangan Tuhan. Kalau sampai seru tak kira waktu...

Friday, November 26, 2010

One year and a half,

















miss those moments :')
UiTM Kuantan buddies, I love you guys :))
our memories together will never fade and always on my mind.
keep in touch babes.


Monday, November 22, 2010

the reunion.

hye you olls :)
actually entry untuk kali ni patutnya dah di update seminggu yang lepas.
tapi di sebabkan memory card camera baru jumpa, baru lahh boleh tulis.
limabelas haribulan hari tu saya dengan geng2 asasi Kuantan lepak ramai2.
terubat lahh rindu yang berbuku-buku dalam hati kat dorang semua ni.
walaupun ramai jugak yang tak ada contohnya Fadhu, Baby, Angie, Ezzah etc.
kitorang tetap buat jugak bbq nii.
maybe tak ada rezeki nak jumpa dorang tu.
insyaAllah lain hari kita boleh jumpa.

alkisahnya macam mana saya boleh pegi dengan aktiviti2 macam ni adalah bila Wanie beriye tanya pegi ke tak reunion ni.
at first tengok tu memang nak pegi sangat.
tapi saya batalkan hasrat tu sebab nak jaga BalQish.
*baiknya mak sedara BalQish ni ;p*
then saja cakap2 dengan Along yang kawan2 buat reunion bla bla bla.
tiba2 Along cakap pegi jelaa reunion tu and balik dungun dulu.
wahhh ! masa tu bersinar-sinar mata saya, teruja, terkesima, terkedu, semua ada.
tak tergambar perasaan happy tuu !
okay, nampak sangat hiperbola laa cah uhuk uhuk.
tapi sungguh, saya rasa happy laa dapat join reunion ni :))
makin dekat nak reunion tu saya terpikir macam mana nak pegi Kuantan ni?
and then the pasangan sejoli Pika and Amer membuat pelan yang bernas.
saya ikut dorang naik bus, sekali dengan Wanie and Zareef.
teruja mak nak naik bus teehehee.

sesampai kat Kuantan tuu start la semua orang buat kerja.
semua berhempas-pulas menyumbang tenaga nak jayakan bbq ni.
andd saya rasa saya lah paling pemalas nak tolong2 semua tu.
saya tolong jugak, jaga rumah ;p
sorry ye kawan2.
bukan apa ramai sangat hero2 and for sure lah dorang boleh buat semua tu.
tapi mak ada laa tolong kipas2 bagi api nyala HAHA
dan Dina tolong cuci pinggan mangkuk periuk besen,
dan saya tolong bilas pinggan mangkuk periuk besen.
*saja tulis panjang2 nak bagi nampak buat kerja jugak lol*

makanan-makanan yang di hidang dan di makan ;






makanan semuanyaaaaaaa sememangnya sedapppp sehingga menjilat jari.
thanks to Tiara sebab kerja2 memasak makanan berat2 tu semua buat kat rumah dia.
cupcakes tu pun, hmm tersangatlah sedap.



ni tengah tunggu bus.
from the left, Pika si gendut, Wanie Moto2, me and Zareef :)

the pasangan sejoli, Pika and Amer :))






harapnya, di lain hari kita dapat bertemu lagi. :)
sayang korang semua :*

Sunday, November 21, 2010

A moment to remember


the picture that tells a story of three generations in the family.
unfortunately, some of us were not there.
pity to Achik, War and Alang :D
Abang Long the cameraman, too bad lah for you then lol
guess ! who's the cutest in this picture?
of course the answer is the one & only 'grandchild' (so far) in the family baby BalQish.
the very reason why her presence is warmly welcomed by all of us is due to the fact that she's the first.
plus, the fact that my sister took nearly three years to have Balqish has added to our excitement in welcoming her presence.

saya sayang semua sangat-sangat :)


Lalalaloveee you Baby xoxo :)

Wednesday, November 17, 2010

Salam AidilAdha

kejap je masa berlalu.
hari ni semua umat Islam menyambut Hari Raya Qurban.
dan tinggal sebulan lebih je nak tahun baru.
raya haji kali ni kat rumah saya buat makan kecik2 je.
mak saya buat nasik minyak dan bihun.
sukaa sangat bila dah gather ramai2 dengan sanak saudara.

dann untuk entry sebelum ni saya ada cakap pasal perubahan terhadap diri saya.
ni pasal saya dah bukak braces.
saya suka sangat bila dah boleh bukak braces.
but at the same time, i will be missing my braces like hell !
pelik kan ? orang lain semua nak bukak cepat2.
tapi saya tak macam tu.
entahlah, maybe the braces dah sebati dengan diriku kott *cewahh*
it's like identiti saya dahh.
and budak2 dekat asasi memang kenal saya dengan pakai braces.
i miss you, braces :(

okay okay, dah dah ler dengan braces bagai tu.
bukannya makhluk hidup tapi nak jugak emo T_T
cuci laa mata ngan gambar2 sekitar raya ni :)


meet my cousin, Rahimah :)


makan-makan :D


ini lah lauk-pauk nya :)


hidangkan teh untuk mak saudara saya, Mama.


yang budak kecik tu sepupu saya. sepupu paling muda. Farhan namanya.


sebahagian daripada sepupu :)


haaaa, yang ni sek-sek hok single ye :D


with my uncles from the left;
Cu, Angoh and Ayoh Chik :)


kami dengan Ayah :)


yang empat kecik ke bawah ;)